Helang mempunyai kisah menarik untuk dipelajari dan dijadikan inspirasi motivasi hidup kita. Helang mempunyai penglihatan yang tajam dan mampu hidup hingga 70 tahun.Untuk
membolehkan umurnya mencecah sehingga 70 tahun burung helang ini
mesti melalui satu fasa perubahan pada usianya menjangkau 40 tahun.
Fzikalnya
akan mengalami masalah yang besar. Paruhnya mula bengkok dan keadaan ini
menyusahkannya untuk makan. Kuku kakinya atau dikenali sebagai ‘talon’ tidak lagi
kuat untuk mencekup mangsanya. Bulu-bulu pelepahnya mula rosak dan menghadkan
pergerakan terbangnya.Ketika ini burung helang hanya mempunyai dua pilihan, sama ada untuk menjalani
proses pemulihan yang amat menyakitkan selama 150 hari atau menunggu saat
kematiannya.
Helang memulakan proses pertamanya dengan mengetuk paruhnya ke
batu sehingga paruh tersebut tercabut, dan harus menunggu
paruh yang baru tumbuh untuk membolehkannya mencabut kuku (talon).
Proses
terakhir adalah mencabut semua bulu pelepahnya yang lama. Proses
pemulihan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 5 bulan. Segala
kesakitan dihadapi dengan tabah, dilalui dengan cekal, demi untuk sebuah
perubahan.
Ganjaran yang didapati oleh helang daripada kesengsaraan adalah kehidupannya selama 30 tahun lagi.
Inspirasi cerita helang.(
https://www.youtube.com/watch?v=yXTrWPvP0iQ)
1) Perubahan memerlukan keberanian dan minda yang positif.
2) Jangan takut pada perubahan yang positif kerana ganjaran besar sedang menunggu.