Monday 30 August 2021

PUTERI ALEESYA TEMPAT KETIGA MENGARANG SAJAK

 

(30 OGOS 2021: SK KOLOMBONG). Adik Puteri Aleesya Nur Islam dari SK Kolombong Kota Kinabalu mendapat tempat ketiga Pertandingan Mengarang Sajak kategori Sekolah Rendah Sempena Pertandingan Karnival Bahasa Melayu Peringakat Daerah Kota Kinabalu Tahun 2021.

PUTERI ALEESYA NAIB JOHAN DENDANGAN SYAIR

 

Adik Puteri Aleesya Nur Islam...
(30 OGOS 2021. SK KOLOMBONG). Adik Puteri Aleesya Nur Islam dari SK Kolombong Kota Kinabalu mendapat tempat kedua Pertandingan Dendangan Syair Kategori Sekolah Rendah sempena Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kota Kinabalu tahun 2021. 

UBK SKK: BUDI DAN ADAB

 


(30 OGOS 2021: UBK SKK). Tips motivasi "Budi dan Adab" daripada Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) SK Kolombong untuk kita semua. Semoga bermanfaat.

Sunday 29 August 2021

TAHNIAH USTAZAH FAIZAH BINTI ABDUL RAHMAN.

 

(30 OGOS 2021). Tahniah kepada ustazah Faizah Binti Abdul Rahman atas " Anugerah Harapan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Rendah", sempena Hari Guru 2021 peringkat daerah Kota Kinabalu.

TAHNIAH YDP PIBG ENCIK AHMAD SYAHBIRIN.

 

(30 OGOS 2021). Tahniah kepada YDP PIBG SK Kolombong Encik Ahmad Syabirin Mapiare atas "Penghargaan Khas Permuafakatan.", sempena Hari Guru 2021 peringkat daerah Kota Kinabalu.

LOGO BLOG "EAGLE SK KOLOMBONG"


 (30 OGOS 2021). Logo untuk blog "Eagle SK Kolombong" URL https://eagleskkolombong.blogspot.com/
TERIMA KASIH cikgu Alixius Lasius (014-375 9136) menolong design logo

Thursday 26 August 2021

UBK SKK: MOTIVASI JUMAAT

 

(27 OGOS 2021: UBK SKK).  Kita kongsikan "Motivasi Jumaat" dari Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK Kolombong (SKK) untuk anak-anak murid.

Wednesday 25 August 2021

PAKAI "FACE SHIELD" DAN DUA LAPIS PELITUP MUKA

 

Sumber: Suzalina@bh.com.my
(26 OGOS 2021). Kita semua  dinasihatkan memakai pelindung muka dan dua lapis pelitup muka ketika berada di tempat awam sebagai langkah perlindungan dari jangkitan varian Delta yang semakin membimbangkan ketika ini.

Tuesday 24 August 2021

TIPS UBK: 8 PERKARA SUKAN OLIMPIK...

 

Sumber: Martha Brook
(25 OGOS 2021: UBK SKK). 8  perkara yang boleh dipelajari daripada sukan olimpik dalam kehidupan seharian kita. Semoga bermanfaat.

PERPUSTAKAAN KELUARGA FASA 2 ANJURAN PUSAT SUMBER SKK 2021

 

Syarat-syarat pertandingan....

(25 OGOS 2021: PUSAT SUMBER SKK). Pusat Sumber SK Kolombong (SKK) akan menganjurkan pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Daerah Kota Kinabalu. Syarat-syarat pertandingan boleh dirujuk poster di atas atau boleh menghubungi ustazah Faizah di talian 019-5310555.
Pelaburan untuk  projek keluarga ini tidak merugikan,  malah impak untuk seisi  keluarga dan sepanjang masa.  Bah...ikutlaa  cikgu-cikgu dan ibubapa  mungkin rezeki anak anak tuan puan kerana rezeki tidak pernah salah alamat dan yg lebih utama  menfaat untuk keluarga tersayang.




SANITASI: TERIMA KASIH BOMBA

 

TERIMA KASIH.....Bomba dan Penyelamat Malaysia

(25 OGOS 2021: SK KOLOMBONG). Pihak pentadbiran SK Kolombong Kota Kinabalu telah menjemput pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk "mensanitasi" premis sekolah dalam usaha membendung dan menangani wabak COVID 19.
Kprihatinan pihak sekolah ini  suatu langkah yang positif dan proaktif dalam menanam keyakinan ibu bapa mengenai keselamatan pembelajaran murid-murid di sekolah kelak.