Friday, 3 September 2021

KISAH HELANG DAN INSPIRASI EAGLE SKK.

 

Helang mempunyai kisah menarik untuk dipelajari dan dijadikan inspirasi motivasi hidup kita. Helang mempunyai penglihatan yang tajam dan mampu hidup hingga 70 tahun.Untuk membolehkan umurnya mencecah sehingga 70 tahun burung helang ini mesti melalui satu fasa perubahan pada usianya menjangkau 40 tahun.

Fzikalnya akan mengalami masalah yang besar. Paruhnya mula bengkok dan keadaan ini menyusahkannya untuk makan. Kuku kakinya atau dikenali sebagai ‘talon’ tidak lagi kuat untuk mencekup mangsanya. Bulu-bulu pelepahnya mula rosak dan menghadkan pergerakan terbangnya.Ketika ini burung helang hanya mempunyai dua pilihan, sama ada untuk menjalani proses pemulihan yang amat menyakitkan selama 150 hari atau menunggu saat kematiannya.


Helang memulakan proses pertamanya dengan mengetuk paruhnya ke batu sehingga paruh tersebut tercabut, dan harus menunggu paruh yang baru tumbuh untuk membolehkannya mencabut kuku (talon).


Proses terakhir adalah mencabut semua bulu pelepahnya yang lama. Proses pemulihan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 5 bulan. Segala kesakitan dihadapi dengan tabah, dilalui dengan cekal, demi untuk sebuah perubahan. 

Ganjaran yang didapati oleh helang daripada kesengsaraan adalah kehidupannya selama 30 tahun lagi. 


Inspirasi cerita helang.(
https://www.youtube.com/watch?v=yXTrWPvP0iQ)


1) Perubahan memerlukan keberanian dan minda yang positif.


2) Jangan takut pada perubahan yang positif kerana ganjaran besar sedang menunggu.

No comments:

Post a Comment