Friday 23 September 2022

GOTONG ROYONG PERDANA SK KOLOMBONG

 

24 SEPTEMBER 2022.Guru-guru, ibu bapa dan murid SK Kolombong telah menjalankan gotong royong sempena "Gotong Royong Perdana 2022". Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam gotong royong ini.







"BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING" PIBG SK & SMK KOLOMBONG

 

24 SEPTEMBER 2022. Tahniah kepada PIBG SK Kolombong dan SMK Kolombong, dan guru-guru SK Kolombong dan SMK Kolombong atas kolaborasi gotong-royong memperbaiki dan menyimen jalan raya di laluan kedua-dua sekolah.





Thursday 22 September 2022

SK KOLOMBONG JUARA BERCERITA BAHASA MELAYU TAHAP 2 PPDKK

 


22 SEPTEMBER 2022.Adik Puteri Aleesya Nur Islam dari SK Kolombong menjadi juara Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2 peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Pertandingan yang berlangsung di Dewan Mini Husein SK Kolombong telah disertai oleh 29 peserta.Tahniah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian.