Thursday 30 June 2022

"KAMILAH JUARA" TEAM BOLA TAMPAR PEREMPUAN SK KOLOMBONG

"Kami juara sebab ada jurulatih hebat" team bola tampar SKK

 30 JUN 2022. Pasukan bola tampar SK Kolombong mencipta sejarah apabila buat kali pertama menjadi juara pertandingan Bola Tampar Bawah 12 Tahun kategori perempuan MSSDKK. Kejohanan berlangsung dari 29 Jun hingga 30 Jun 2022, di gelanggang bola tampar Kompleks Sukan Likas. Tahniah kepada para jurulatih dan krew yang hebat.

Tenang sebelum bertempur di gelanggang...


Wajah-wajah yang ceria walaupun keletihan...

Barisan krew di sebalik tabir yang tak letih memberikan sokongan moral...




Sunday 26 June 2022

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK KOLOMBONG KALI KE 13, 2022

 

Barisan kepimpinan baharu PIBG SK Kolombong 2022
27 JUN 2022. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Kolombong kali ke 13 telah dirasmikan oeh guru besar puan Siti Rukiah binti Abdul Murad. Mesyuarat telah berlangsung di perkarangan Anjung PIBG SK Kolombong. Tahniah kepada barisan kepimpinan baharu PIBG yang telah dipilih untuk menjalankan amanah demi kemajuan SK Kolombong.


Bergambar sebelum memulakan mesyuarat...




Tuesday 21 June 2022

SK KOLOMBONG JOHAN BRIDEGE BUILDING 2022

 

STEM 

21 JUN 2022. Pasukan  STEM SK Kolombong menjadi johan Bridge Building dalam STEM Fiesta Sempena Minggu Sains Negara. Tahniah kepada adik Nuurul Hilmeeyah binti Mokthar, dan Puteri Aleesya Nur Islam binti MD Airulsa.



SK KOLOMBONG JOHAN MERENTAS DESA PEREMPUAN BAWAH 12

 

Team merentas desa perempuan SK Kolombong bersama dengan jurulatih
21 JUN 2022. Pasukan merentas desa perempuan SK Kolombong menjadi johan keseluruhan kategori perempuan bawah 12 tahun  "Merentas Desa Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 2022". Acara yang yang berlangsung pada 18 Jun 2022 bertempat di Taman Rekreasi Kompleks Sukan Likas. Tahniah kepada dua jurulatih yang hebat iaitu cikgu Fredercik dan cikgu Julianus. 










Tuesday 14 June 2022

TAKLIMAT DBASS SK KOLOMBONG

 

Puan Marie Sigaron memberikan penerangan...
13 JUN 2022. Taklimat dbass SK Kolombong untuk guru-guru kelas telah disampaikan oleh PK HEM puan Marie Sigaron pada Isnin lepas bertempat di Bilik Gerakan sekolah.






TAKLIMAT PROFESSIONAL MINGGUAN BERSAMA GB BAHARU.

 

Guru besar puan Siti Rukiah binti Abdul Murad
14 JUN 2022. Taklimat Professional Mingguan bersama guru besar baharu puan Siti Rukiah binti Abdul Murad telah dijalankan di Bilik Gerakan sekolah bermula jam 1.10 petang. Kami warga sekolah mengalu-alukan kedatangan guru besar baharu puan Siti Rukiah. Semoga SK Kolombong kekal cemerlang di bawah pentadbiran beliau.


Bersama barisan pentadbir yang mantap...

Guru-guru yang dedikasi...