Sunday 12 December 2021

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK & HARI JADI PRA SK KOLOMBONG 2021

 

(12 DISEMBER 2021). Sambutan Hari Kanak-kanak dan Majlis Hari Jadi murid Pra Sekolah SK Kolombong Kota Kinabalu yang berlangsung pada 10 Disember 2021 (Jumaat) telah dirasmikan oleh En.Sugiharto Kasimin (PK Pentadbiran) bermula jam 8.00-10.00 pagi. Acara dijalankan di perkarangan kantin sekolah.

Majlis Hari Jadi murid pra sekolah...

Penolong Kanan HEM cikgu Marie menyampaikan hadiah kepada salah seorang
pemenang pakaian beragam.









Wednesday 8 December 2021

PUAN TAH NIA RASMI MAC SK KOLOMBONG 2021

 

Gimik pelancaran MAC  oleh Puan Tah Nia binti Hj Jaman, Pegawai Pendidikan Daerah Cemerlang Jusa C Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu

(9 DISEMBER 2021). Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) SK Kolombong 2021 yang berlangsung pada 8 Disember 2021 telah dirasmikan oleh Puan Tah Nia binti Hj Jaman, Pegawai Pendidikan Daerah Cemerlang Jusa C Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu.

Ucapan Puan Tah Nia...

Salah seorang penerima anugerah dari kelas Perdana..

Salah seorang penerima anugerah kelas Pra Sekolah...

Salah seorang penerima anugerah dari kelas PPKI...

Persembahan dari pra sekolah

Persembahan dari murid PPKI...


Friday 12 November 2021

APC 2020 : SK KOLOMBONG

 

(13 NOVEMBER 2021):  Tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020. Tahniah cikgu Alixius, ustaz Fadzli, cikgu Anizah, cikgu Siti Aminah dan cikgu Judith.
Teruskan kecemerlangan anda.

Friday 5 November 2021

TAHNIAH ADIK NUURUL HILMEEYAH

Adik Nuurul Hilmeeyah

 (5 NOVEMBER 2021). Tahniah adik Nuurul Hilmeeyah binti Mokhtar yang mendapat tempat ke 2 peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Ceria Bersama Chef Taha (Membuat Kek Batik Negaraku Malaysia).




TAHNIAH ADIK ANAS SOLEH DAN ANAS SYUKUR

 

Hasil karya Anas Soleh....


Hasil karya Anas Syukur...
(5 NOVEMBER 2021: SK KOLOMBONG). Karya Anas Soleh bin Mohd. Daud dan Anas Syukur bin Mohd. Daud telah terpilih sebagai Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) kali ke 36 untuk kategori A (Sekolah Rendah) dengan tema Sabah norma baharu dan Gunung Kinabalu.

Karya mereka dipamerkan di Balai Seni Lukis Sabah selama setahun bermula 20 Oktober 2021 hingga 16 Oktober 2022. 


Bolehlah melawat pameran tersebut sama ada secara virtual atau bersemuka di Balai Seni Lukis Sabah.

THROWBACK : KLIP VIDEO MSS SK KOLOMBONG 2013

 

2013: MSS SK KOLOMBONG di stadium Penampang.
(5 NOVEMBER 2021).Sila layari https://www.youtube.com/watch?v=Xoq71hfYpEs untuk melihat klip video MSS SK Kolombong 2013.
Imbas kembali ke tahun 2013. Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) SK Kolombong yang berlangsung di stadium Penampang. "Tiada COVID 19, tidak perlu guna mask".

Monday 27 September 2021

PERHIMPUNAN RASMI BULANAN SK KOLOMBONG 2021

 

(27 SEPTEMBER 2021: SK KOLOMBONG). Perhimpunan rasmi bulanan (September) telah dijalankan secara maya menggunakan pelantar Google Meet. Perhimpunan bermula jam 7.45 pagi dan berakhir jam 8.45 pagi. 




Tuesday 7 September 2021

UBK SKK: TIPS MENGURUS EMOSI

 

(8 SEPTEMBER 2021). Tips mengurus emosi dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kolombong Kota Kinabalu. Semoga bermanfaat.

Sunday 5 September 2021

UBK SKK: KEPENTINGAN MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTISME

 

(6 SEPTEMBER 2021). Semaikan semangat patriotisme di kalangan murid-murid umpama "Melentur aur biar dari rebungnya."

Friday 3 September 2021

UBK SKK: JOM BELAJAR

 

(3 SEPTEMBER 2021). Jom belajar. Bangkit bersama dengan minda dan jiwa yang bersih agar dirimu menjadi kebanggaan negara.

KISAH HELANG DAN INSPIRASI EAGLE SKK.

 

Helang mempunyai kisah menarik untuk dipelajari dan dijadikan inspirasi motivasi hidup kita. Helang mempunyai penglihatan yang tajam dan mampu hidup hingga 70 tahun.Untuk membolehkan umurnya mencecah sehingga 70 tahun burung helang ini mesti melalui satu fasa perubahan pada usianya menjangkau 40 tahun.

Fzikalnya akan mengalami masalah yang besar. Paruhnya mula bengkok dan keadaan ini menyusahkannya untuk makan. Kuku kakinya atau dikenali sebagai ‘talon’ tidak lagi kuat untuk mencekup mangsanya. Bulu-bulu pelepahnya mula rosak dan menghadkan pergerakan terbangnya.Ketika ini burung helang hanya mempunyai dua pilihan, sama ada untuk menjalani proses pemulihan yang amat menyakitkan selama 150 hari atau menunggu saat kematiannya.


Helang memulakan proses pertamanya dengan mengetuk paruhnya ke batu sehingga paruh tersebut tercabut, dan harus menunggu paruh yang baru tumbuh untuk membolehkannya mencabut kuku (talon).


Proses terakhir adalah mencabut semua bulu pelepahnya yang lama. Proses pemulihan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 5 bulan. Segala kesakitan dihadapi dengan tabah, dilalui dengan cekal, demi untuk sebuah perubahan. 

Ganjaran yang didapati oleh helang daripada kesengsaraan adalah kehidupannya selama 30 tahun lagi. 


Inspirasi cerita helang.(
https://www.youtube.com/watch?v=yXTrWPvP0iQ)


1) Perubahan memerlukan keberanian dan minda yang positif.


2) Jangan takut pada perubahan yang positif kerana ganjaran besar sedang menunggu.

Thursday 2 September 2021

CENDERAHATI DIY: ADIK NUR RANIA DAPAT TEMPAT KE 3.

 

Adik Nur Rania Amira....
(2 SEPTEMBER 2021). Adik Nur Rania Amira Roslan dari SK Kolombong Kota Kinabalu mendapat tempat ke 3 dalam Penyediaan Kraftangan/ Cenderahati DIY anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Peringkat Daerah Kota Kinbalu Peringkat Daerah Kota Kinabalu 2021.




Wednesday 1 September 2021

UBK SKK: KEBURUKAN TIDUR LEWAT DAN BANGUN LAMBAT

 

(1 SEPTEMBER 2021: UBK SKK). Tips kesihatan dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kolombong untuk renungan kita semua. Semoga bermanfaat.

Monday 30 August 2021

PUTERI ALEESYA TEMPAT KETIGA MENGARANG SAJAK

 

(30 OGOS 2021: SK KOLOMBONG). Adik Puteri Aleesya Nur Islam dari SK Kolombong Kota Kinabalu mendapat tempat ketiga Pertandingan Mengarang Sajak kategori Sekolah Rendah Sempena Pertandingan Karnival Bahasa Melayu Peringakat Daerah Kota Kinabalu Tahun 2021.

PUTERI ALEESYA NAIB JOHAN DENDANGAN SYAIR

 

Adik Puteri Aleesya Nur Islam...
(30 OGOS 2021. SK KOLOMBONG). Adik Puteri Aleesya Nur Islam dari SK Kolombong Kota Kinabalu mendapat tempat kedua Pertandingan Dendangan Syair Kategori Sekolah Rendah sempena Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kota Kinabalu tahun 2021. 

UBK SKK: BUDI DAN ADAB

 


(30 OGOS 2021: UBK SKK). Tips motivasi "Budi dan Adab" daripada Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) SK Kolombong untuk kita semua. Semoga bermanfaat.

Sunday 29 August 2021

TAHNIAH USTAZAH FAIZAH BINTI ABDUL RAHMAN.

 

(30 OGOS 2021). Tahniah kepada ustazah Faizah Binti Abdul Rahman atas " Anugerah Harapan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Rendah", sempena Hari Guru 2021 peringkat daerah Kota Kinabalu.

TAHNIAH YDP PIBG ENCIK AHMAD SYAHBIRIN.

 

(30 OGOS 2021). Tahniah kepada YDP PIBG SK Kolombong Encik Ahmad Syabirin Mapiare atas "Penghargaan Khas Permuafakatan.", sempena Hari Guru 2021 peringkat daerah Kota Kinabalu.

LOGO BLOG "EAGLE SK KOLOMBONG"


 (30 OGOS 2021). Logo untuk blog "Eagle SK Kolombong" URL https://eagleskkolombong.blogspot.com/
TERIMA KASIH cikgu Alixius Lasius (014-375 9136) menolong design logo

Thursday 26 August 2021

UBK SKK: MOTIVASI JUMAAT

 

(27 OGOS 2021: UBK SKK).  Kita kongsikan "Motivasi Jumaat" dari Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK Kolombong (SKK) untuk anak-anak murid.

Wednesday 25 August 2021

PAKAI "FACE SHIELD" DAN DUA LAPIS PELITUP MUKA

 

Sumber: Suzalina@bh.com.my
(26 OGOS 2021). Kita semua  dinasihatkan memakai pelindung muka dan dua lapis pelitup muka ketika berada di tempat awam sebagai langkah perlindungan dari jangkitan varian Delta yang semakin membimbangkan ketika ini.

Tuesday 24 August 2021

TIPS UBK: 8 PERKARA SUKAN OLIMPIK...

 

Sumber: Martha Brook
(25 OGOS 2021: UBK SKK). 8  perkara yang boleh dipelajari daripada sukan olimpik dalam kehidupan seharian kita. Semoga bermanfaat.

PERPUSTAKAAN KELUARGA FASA 2 ANJURAN PUSAT SUMBER SKK 2021

 

Syarat-syarat pertandingan....

(25 OGOS 2021: PUSAT SUMBER SKK). Pusat Sumber SK Kolombong (SKK) akan menganjurkan pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Daerah Kota Kinabalu. Syarat-syarat pertandingan boleh dirujuk poster di atas atau boleh menghubungi ustazah Faizah di talian 019-5310555.
Pelaburan untuk  projek keluarga ini tidak merugikan,  malah impak untuk seisi  keluarga dan sepanjang masa.  Bah...ikutlaa  cikgu-cikgu dan ibubapa  mungkin rezeki anak anak tuan puan kerana rezeki tidak pernah salah alamat dan yg lebih utama  menfaat untuk keluarga tersayang.




SANITASI: TERIMA KASIH BOMBA

 

TERIMA KASIH.....Bomba dan Penyelamat Malaysia

(25 OGOS 2021: SK KOLOMBONG). Pihak pentadbiran SK Kolombong Kota Kinabalu telah menjemput pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk "mensanitasi" premis sekolah dalam usaha membendung dan menangani wabak COVID 19.
Kprihatinan pihak sekolah ini  suatu langkah yang positif dan proaktif dalam menanam keyakinan ibu bapa mengenai keselamatan pembelajaran murid-murid di sekolah kelak.