Friday 26 April 2024

SK KOLOMBONG NAIB JOHAN MERENTAS DESA KK

 

"Kami bersedia memberi cabaran..."
27 APRIL 2024 (SABTU). TAHNIAH. SK Kolombong berjaya mendapat naib johan  Kejohanan Merentas Desa Daerah Kota Kinabalu, kategori Sekolah Rendah, yang berlangsung pagi tadi.
Tahniah kepada para jurulatih cikgu Frederick, cikgu Julianus, guru pengiring dan para peserta yang memberi cabaran yang hebat.


"Naib Johan..."


KEJOHANAN MERENTAS DESA SK KOLOMBONG 2024

 

Dilepaskan oleh  En Rozalee B Jamir, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid. Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.
26 APRIL 2024 (JUMAAT). Acara merentas desa peringkat sekolah SK Kolombong telah berlangsung pagi tadi. Acara bermula jam 7.20 pagi, yang disertai oleh murid-murid tahap 2 (tahun 4 hingga tahun  6),
Terima kasih dan tahniah kepada para pegawai polis dari Balai Polis Inanam, AJK PIBG, guru-guru, ppm, akp dan warga sekolah yang terlibat atas bantuan dan menjaga keselamatan murid-murid sepanjang acara berlangsung.

Keselamatan murid sentiasa diutamakan. Terima kasih.

Perasmian Penutupan oleh  En Rozalee B Jamir, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid. Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu.







Tahniah kepada para pemenang.

Wednesday 11 October 2023

DAY 1: SUKAN TAHUNAN SEKOLAH SK KOLOMBONG 2023

 

11 OKTOBER 2023: Hari pertama Sukan Tahunan Sekolah SK Kolombong tahun 2023 telah dijalankan di padang sekolah SK Kolombong. Acara yang dipertandingkan seperti:
a) 80 meter lari berganti-ganti kategori PPKI, Pra Sekolah, tahun 1, tahun 2, dan tahun 3
b) mengepit bola dengan kaki berganti-ganti kategori PPKI, Pra Sekolah, tahun 1, tahun 2, dan tahun 3
c) membawa bola ping-pong dengan sudu berganti-ganti kategori PPKI, Pra Sekolah, tahun 1, tahun 2, dan tahun 3

80 meter lari berganti-ganti...

Mengepit bola di kaki...

Membawa bola ping-pong dengan sudu...

                                        Penyelia peserta yang sentiasa sibuk...
Khemah Rumah Biru...


Tuesday 26 September 2023

PENERIMA APC 2022 SK KOLOMBONG. TAHNIAH!


 KOTA KINABALU 27 SEPTEMBER: Setinggi-tinggi Penghargaan dan Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 SK Kolombong 

1. Pn. Marie Sigaron 

2. Pn. Suwini Gusti 

3. En. Julianus Tioon

4. Pn. Rosmin Moris

5. Pn. Norhayati Ahmad Sayuthi 

6. En. Ag Salehin Salihin Bin Mattiasin

Semoga terus cemerlang di masa-masa akan datang.
#YNWA
#TeruskanKecemerlangan


Wednesday 15 February 2023

YB PETO GALIM MERASMIKAN M.A.P SK KOLOMBONG 2023

 

YB Peto Galim (kedua dari kanan) bergambar dengan Guru Besar puan Siti Rukiah (paling kanan) YDP PIBG Ahmad Syahbirin, PK Kokum Ustaz Airulsah, dan salah seorang murid penerima anugerah.
15 FEBRUARI 2023. Majlis Anugerah Potensi SK Kolombong sesi 2022/2023 telah dirasmikan oeh YB Peto Galim,Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN N18 Inanam.

Gimik pelancaran perasmian disempurnakan oleh YB Peto Galim.
Yang Berhormat encik Peto Galim turut menyampaikan anugerah kepada  murid-murid yang berpontensi dan cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.
Darrell Leon murid Program Pendidikan Khas Integrasi...







Tuesday 1 November 2022

TAHNIAH ADIK NUR AMALINA AFRINA!

 

2 NOVEMBER 2022. Tahniah adik Nur Amalina Afrina Binti Jamal dari SK Kolombong Kota Kinabalu, yang mendapat tempat ke 3 Pertandingan Peta I-Think Sains (sekolah rendah) dalam karnival Sains  Sabah Tahun 2022, kategori sekolah bandar,.


Sunday 30 October 2022

DISEBALIK TABIR : PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK KOLOMBONG 2022

 

Guru-guru memastikan laluan berhalangan "spider web" selamat..
30 OKTOBER 2022. Disebalik tabir kejayaan pelaksanaan program Perkhemahan Unit Beruniform SK Kolombong 2022, adalah kesepakatan dan kerjasama warga sekolah termasuk guru-guru dan ppm sekolah. Dikongsi momen-momen indah aktiviti yang berlangsung dari 28 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022.

Aktiviti laluan berhalangan :membantu murid

Memberi murid minum...

Memeriksa khemah murid selamat...

Memasak untuk murid...

Memastikan murid mengikut arahan...

Bersama-sama murid bersenam...

Membantu murid meakai skaf...

Membantu murid memasang dan mengemas khemah...

Bergambar dengan murid sebagai kenangan terindah...