Monday 27 September 2021

PERHIMPUNAN RASMI BULANAN SK KOLOMBONG 2021

 

(27 SEPTEMBER 2021: SK KOLOMBONG). Perhimpunan rasmi bulanan (September) telah dijalankan secara maya menggunakan pelantar Google Meet. Perhimpunan bermula jam 7.45 pagi dan berakhir jam 8.45 pagi. 




Tuesday 7 September 2021

UBK SKK: TIPS MENGURUS EMOSI

 

(8 SEPTEMBER 2021). Tips mengurus emosi dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kolombong Kota Kinabalu. Semoga bermanfaat.

Sunday 5 September 2021

UBK SKK: KEPENTINGAN MENYEMAI SEMANGAT PATRIOTISME

 

(6 SEPTEMBER 2021). Semaikan semangat patriotisme di kalangan murid-murid umpama "Melentur aur biar dari rebungnya."

Friday 3 September 2021

UBK SKK: JOM BELAJAR

 

(3 SEPTEMBER 2021). Jom belajar. Bangkit bersama dengan minda dan jiwa yang bersih agar dirimu menjadi kebanggaan negara.

KISAH HELANG DAN INSPIRASI EAGLE SKK.

 

Helang mempunyai kisah menarik untuk dipelajari dan dijadikan inspirasi motivasi hidup kita. Helang mempunyai penglihatan yang tajam dan mampu hidup hingga 70 tahun.Untuk membolehkan umurnya mencecah sehingga 70 tahun burung helang ini mesti melalui satu fasa perubahan pada usianya menjangkau 40 tahun.

Fzikalnya akan mengalami masalah yang besar. Paruhnya mula bengkok dan keadaan ini menyusahkannya untuk makan. Kuku kakinya atau dikenali sebagai ‘talon’ tidak lagi kuat untuk mencekup mangsanya. Bulu-bulu pelepahnya mula rosak dan menghadkan pergerakan terbangnya.Ketika ini burung helang hanya mempunyai dua pilihan, sama ada untuk menjalani proses pemulihan yang amat menyakitkan selama 150 hari atau menunggu saat kematiannya.


Helang memulakan proses pertamanya dengan mengetuk paruhnya ke batu sehingga paruh tersebut tercabut, dan harus menunggu paruh yang baru tumbuh untuk membolehkannya mencabut kuku (talon).


Proses terakhir adalah mencabut semua bulu pelepahnya yang lama. Proses pemulihan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 5 bulan. Segala kesakitan dihadapi dengan tabah, dilalui dengan cekal, demi untuk sebuah perubahan. 

Ganjaran yang didapati oleh helang daripada kesengsaraan adalah kehidupannya selama 30 tahun lagi. 


Inspirasi cerita helang.(
https://www.youtube.com/watch?v=yXTrWPvP0iQ)


1) Perubahan memerlukan keberanian dan minda yang positif.


2) Jangan takut pada perubahan yang positif kerana ganjaran besar sedang menunggu.

Thursday 2 September 2021

CENDERAHATI DIY: ADIK NUR RANIA DAPAT TEMPAT KE 3.

 

Adik Nur Rania Amira....
(2 SEPTEMBER 2021). Adik Nur Rania Amira Roslan dari SK Kolombong Kota Kinabalu mendapat tempat ke 3 dalam Penyediaan Kraftangan/ Cenderahati DIY anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Peringkat Daerah Kota Kinbalu Peringkat Daerah Kota Kinabalu 2021.




Wednesday 1 September 2021

UBK SKK: KEBURUKAN TIDUR LEWAT DAN BANGUN LAMBAT

 

(1 SEPTEMBER 2021: UBK SKK). Tips kesihatan dari Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kolombong untuk renungan kita semua. Semoga bermanfaat.