BLOG FOLLOWERS

Google Followers

Saturday, 28 January 2012

TRANSFORMASI SINGA AFRIKA VS COMFORT ZONE

Panas dan kerja keras. Singa di Afrika.
 Negara Afrika yang panas dan kering, pokok-pokok besar pun tak banyak tumbuh, yang kelihatan cuma rumput-rumput dan pokok-pokok renek yang kekuningan tumbuh menutupi bumi. Dari jauh nampak seperti sebuah padang yang luas. Terdapat banyak binatang buas pemangsa dan tak kurang juga yang jadi mangsa tinggal disini. Haiwan-haiwan di sini sudah biasa dengan keadaan itu yang panas dan sungguh tidak selesa. Badan haiwan di sini semuanya kurus-kurus belaka. Nak makanpun susah, air pun sukar untuk didapati.




Selesanya.....ada banyak pokok!

 

    Sementara itu di Negara kita yang beriklim Khatulistiwa panas dan lembap. Pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhannya tumbuh melata dan menghijau. Hutan d isini pokok-pokonya besar dan tinggi, amat sukar untuk dilalui. Kalau nak tengok seberang pun amat sukar. Di hutan kita ini tak kurang juga tinggal banyak haiwan pemangsa dan tak kurang juga yang jadi mangsa. Senang cerita haiwan kat Negara kita ni gemuk-gemuk kerana senang mendapatkan makanan dan air.

  • Refleksi
  1. Sekarang ni cuba kita renungkan kembali, kalau ada singa Afrikalah katakan, kita ni rusa yang mana?
  2. Yang sentiasa bersedia atau Yang berada dalam zone keselesaan (Comfort Zone).
  3. Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa bersedia untuk bertindak atau mengambil tindakan.